BERMULANYA TUGASKU...
Sudah pilih watak... maka gerak kerja bermula. Aku perlu rangka cerita jadi senang memperincikan watak-watak dengan lebih mendalam juga cipta ayat-ayat puitis atau romantis? amboi ayat romantis... tidak diterbitkan dalam kepala aku. Perlu atau tidak tonton filem-filem orang putih? bukannya apa tapi mahu cari ilham, banyak cerita inggeris yang kita akan cakap 'wow' sebab daya imiginasi mereka sangat tinggi. Jadi senang mahu bina imiginasi di luar pemikiran aku. Seingat aku sejak menuju alam dewasa aku jarang-jarang dan kadang-kadang berimiginasi, mungkin masa kecil-kecil dahulu ada tapi sekarang tidak sempat... kerana tidur yang cukup lena tanpa ada gangguan sebarang mimpi yang indah atau juga aneh. Bukan senang untuk masuk ke dunia lain, tapi aku mesti bayangkannya juga... boleh... dan boleh... harus... dan harus. Jadi bermulanya kerja pengembaraan aku...

No comments:
Post a Comment