Friday, 14 December 2012

PUTRAJAYA AKU DATANG...


Berkesempatan menulis pada malam ini setelah beberapa hari sibuk menyudahkan tugasan, aku rasa sangat penat... penat fizikal juga mental... pada 10/12/12 bergerak rombongan pelajar penulisan kretif menjelajah putrajaya. Mula bertolak 7.45 petang perjalanan ambil masa lebih kurang setengah jam, setibanya aku lihat ramai manusia bersantai di kawasan lantai marmar yang luas bertentangan dengan masjid putrajaya. Suka melihat mereka-mereka semua melayani malam yang indah diterangi cahaya suluhan lampu. Aku pergi putrajaya mahu cari buah fikiran sambil ditemani kawan, kami ambil masa beberapa minit sahaja fikir 'tokoh', kami selitkan proses cerita mulut kepada mulut terbit di fikiran maka lukiskan atas kertas pasal personaliti tokoh yang dipilih. Setelah itu, aku dan rakan nikmati malam-malam bercahaya di putrajaya, lihat kanak-kanak riang ditemani mainan yang mereka miliki. Kami bertolak pulang ke UKM pada 9.30 bersama jatuhan rintik-rintik hujan. 





No comments:

Post a Comment