Friday, 7 December 2012

PENULISAN KREATIF

SEDANG BERIMIGINASI


Cuba untuk berkhayal berkenaan tokoh aku, tapi entah mengapa tahap khayalan aku masih lagi miskin. Tidak mampu menembusi dunia yang aku ingin tuju, rasanya perlu berimiginasi depan komputer sambil layan cerita-cerita kartun atau cerita fiksyen lain. Sambil ditemani lagu-lagu sentimental... wah... berkhayal memang seronok, lagi-lagi berkaitan wang ringgit, pakai baju berjenama, duduk di rumah mewah... tapi kalau pasal tokoh... entahlah... kini minggu-minggu imiginasi bagi ku...

Thursday, 6 December 2012

PENULISAN KREATIF

BERMULANYA TUGASKU...




Sudah pilih watak... maka gerak kerja bermula. Aku perlu rangka cerita jadi senang memperincikan watak-watak dengan lebih mendalam juga cipta ayat-ayat puitis atau romantis? amboi ayat romantis... tidak diterbitkan dalam kepala aku. Perlu atau tidak tonton filem-filem orang putih? bukannya apa tapi mahu cari ilham, banyak cerita inggeris yang kita akan cakap 'wow' sebab daya imiginasi mereka sangat tinggi.  Jadi senang mahu bina imiginasi di luar pemikiran aku. Seingat aku sejak menuju alam dewasa aku jarang-jarang dan kadang-kadang berimiginasi, mungkin masa kecil-kecil dahulu ada tapi sekarang tidak sempat... kerana tidur yang cukup lena tanpa ada gangguan sebarang mimpi yang indah atau juga aneh. Bukan senang untuk masuk ke dunia lain, tapi aku mesti bayangkannya juga... boleh... dan boleh... harus... dan harus. Jadi bermulanya kerja pengembaraan aku...  

PENULISAN KREATIF

PILIHAN AKU



Sukar buat keputusan watak yang ingin aku ketengahkan, tapi harus buat juga. Semangat mesti ada dalam diri, supaya kerja berjalan lancar. Watak yang aku pilih sebagai tokoh... lebih kepada 'objek'. Mengapa? sebabnya ia amat bermakna pada aku. Setiap orang ada maksud yang tersirat pilih tokoh yang disukai. Pada mulanya aku fikir mungkin objek yang aku pilih sudah menjadi biasa pada pandangan mata orang lain, tapi bukan pada aku kerana ia amat bermakna. Semangat...semangat... mesti boleh... mungkin juga aku pilih objek 'tersebut' kerana ada peristiwa disebaliknya yang beri inspirasi untuk berkarya. Hanya aku tahu apa pilihan aku...



PENULISAN KREATIF

TURUTI HATI DIRI MERANA




Semangat aku selalu persis semester-semester yang berlalu, mahu sudahkan tugasan sebelum tarikh yang di pinta pensyarah, tapi masuk sahaja pertengahan bulan terus kuasa malas mengunci diri. Mungkin semangat aku tidak sehebat rakan-rakan yang lain untuk terus usaha dan usaha, juga tiada sikap positif dalam diri mahu bangkit daripada tidur yang sentiasa lena. Aku tetap turuti kata hati, 'tidak mengapa hari ini tidak sempat esok dan esok masih ada', begitulah aku selalu melayan kata hati, diri aku juga yang merana. Sama seperti pencarian 'tokoh' aku... masih malas menggerakkan kerja, diri masih di awang-awangan, fikiran masih kabur, mata masih tertutup untuk memerhati sekeliling demi mengutip koleksi-koleksi gelagat-gelagat manusia yang hendak persembahkan dalam cerpen. Perlu bangkit dalam dunia realiti untuk masuk ke dunia imiginasi yang perlu aku ciptakan sendiri demi 'tokoh' aku...

PENULISAN KREATIF


ERTI PENGALAMAN





Setiap hari kita nikmati pengalaman yang berbeza, melalui pengalaman mampu bina sikap kedewasan dalam pemikiran dan juga tingkah laku. Begitu juga aku, setiap detik dan ketika merasai erti pengalaman yang bermacam-macam, sama ada pengalaman yang baik atau buruk. Ada masa aku merasa, dengan pengalaman mengajar nilai kesabaran, ia tidak mampu dibeli namun hanya mampu masuk dalam dunia peristiwa yang terjadi. Halangan-halangan dan dugaan terus dirasai jua dalam meniti ke arah masa yang mendatang. Tidak mungkin sinaran mentari memancar setiap waktu, akan ada gumpulan awan mendung meliputi pancaran cahaya matahari.   

Wednesday, 5 December 2012

PENULISAN KREATIF

BISIKAN BAYU





Gembira walaupun hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi proses menuntut ilmu, ditambah timbunan tugasan yang sering bertambah aku dapat keluar daripada dunia kampus menuju ke dunia yang permai. Indahnya ciptaan Allah, perkara pertama terdetik dalam diri aku semasa berada di tepi pantai Mersing, Johor. Ketika waktu pagi itu, aku menuju ke tepi pantai menyedut bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa, sungguh nikmat. Hilang segala beban mahupun tekanan yang melingkari diri ini, sangat suka dengan keadaan yang tenang, cantik, menarik dan aku tertarik dengan keadaan kawasan yang bersih. Niat dihati mahu mencari ilham untuk berkarya, timbul sedikit kelucuan ibarat aku ini seorang individu yang telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan dan bercuti di kawasan peranginan kerana ketandusan idea...
Aku mula berfikir bermacam-macam perkara, cerpen dan juga kehidupan ku. Kalau diberi masa untuk  berkhayal walau satu saat, pelbagai perkara yang dibayangkan, maka inilah kehidupan pahit manis harus dilalui juga. Lupa sekejap untuk mencari buah fikiran, seronok melihat gulungan ombak menghempas pantai. Aku tidak membazir peluang keemasan merasai setiap detik-detik berharga yang mungkin sukar untuk dilakukan pada masa akan datang. Sungguh aku menghargai peluang yang ada, merasai nikmatnya bisikan bayu yang mengagumkan...MAHA SUCI ALLAH...indah sungguh alam ciptaan-MU

PENULISAN KREATIF

DALAM DILEMA







Pencarian aku masih lagi samar-samar berkaitan dengan tokoh, ada pelbagai gambaran, idea serta kehendak diri yang mahu aku persembahkan berkaitan dengan tokoh yang mahu dipilih. Mulanya mahu mencipta cerita berkaitan dengan manusia, mungkin manusia yang rapat dan sering mendampingi aku. Tapi... bila difikirkan, kebanyakan cerpen yang dihasilkan semuanya berkaitan dengan peribadi serta ciri-ciri yang dimiliki oleh makhluk yang bernama manusia. Manusia mudah untuk digambarkan, hanya perlu mengingati orang yang kita sayang seperti keluarga, juga minat dalam erti maksud yang lain yang cantik-cantik atau juga yang kacak-kacak. Suatu yang indah senang untuk digambarkan berbanding dengan yang kurang menarik perhatian sukar untuk dibayangkan.
Kalau ingin menulis berkaitan dengan objek... bagaimana untuk meletakkannya sebagai tokoh yang penting dan mampu mempengaruhi kehidupan aku. Cabaran dalam menulis cerpen, fikir dan berterusan memikirkannya, pening dalam dilema memilih watak utama yang harus aku bentuk dan kuasainya. Pemilihan antara manusia dengan objek?